EBOOK 02

 

EBOOK 02


JANGAN ADA CINTA
(Novel)

“Ish, orang tanya pun nak marah. Nak menang dia aje Kalau orang tak angkat call dia tahu pulak bising!” – mulut kecil Ainur cuma petah bila bayang Adam tak kelihatan.

Adam Firdaus, ‘pakcik singa’ yang tak pandai nak tunjukkan rasa cinta pada si isteri. Baginya, isterinya itulah cinta pertama & terakhirnya.

“Seatbelt tu tak reti pakai ke? Satu satu nak kena bagitau benda sama.” – suaranya bersahaja je tapi cukup perit nak ditelan Ainur. Pedih benar!

Walaupun mahligai yang dibina tak pernah dipinta, Ainur Zahra tetap menerima gelaran seorang isteri dengan ikhlas. Tahun berganti tahun, sayangnya pada si suami bertambah kuat walau sering ‘sakit hati’.

Namun siapa sangka, kehadiran Damia seakan cuba menjarakkan jurang antara mereka. Sihir pula digunakan untuk membuatkan Adam membenci Ainur. Mampukah mahligai dibina kekal bahagia bila adanya hasad dengki manusia?

Sebuah ebook hasil tulisan Yana Agasshi yang telah banyak menulis ebook termasuk buku fizikal. Setakat hari ini, sudah lebih 200 unit buku beliau terjual kurang dari 1 bulan.

REVIEW BUKU


Saya pun dh baca.. Sedih sgt cite nye.. Kesian pengakhiran hidup adam..
Umi


Sedih ceta nie
Lily

 
“DENGAR tak abang tanya? Apa Nur pakai ni?” keras Adam menyoal lagi bila tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut Ainur. Muka bersalah Ainur direnung tajam.
 
Ainur telan liur. Berdebar. Dah agak dah situasi macam ni akan berlaku tapi tak sangka seawal ni. Jangan kata 22 hari, 22 minit pun tak sampai lagi. Aduuhhhh…
 
“Ni..gelang yang..mak lang bagi Ainur tadi.”
 
“Gelang apa macam ni?”
 
“Er…,” teragak agak Ainur nak menjawab hingga kan renungan tajam Adam tak berani ditentang.
 
Dia sekadar tunduk menguis nguis cadar tilam.
 
“Jawab la orang tanya….,” nada Adam dah berubah naik 1 level dari tadi.
 
Ainur tambah seram sejuk.
 
“Gelang ni mak lang cakap ikhtiar untuk… Ainur mengandung. Kawan dia..eh, anak kawan dia pakai 22 hari, terus mengandung.”
 
“Astaghfirullaladzim..,” perlahan aje Adam mengucap istighfar sambil meraup mukanya sendiri. Kepalanya digeleng kesal.
 
Tak menunggu lama, dia bangun bergerak ke arah meja kerjanya. Gunting kecil yang disimpan dalam laci meja dikeluarkan lalu dia kembali menghampiri Ainur.
 
“Mari sini,” arahnya tegas membuatkan si isteri pantas menurut tanpa banyak songeh.
 
Bila Ainur dah bangun tercegat didepannya, dia terus mencapai tangan Ainur. Gelang berasaskan jalinan benang itu dipotong menggunakan gunting.
 
Kemudian dia bergerak pula ke arah jendela yang dahpun ternganga luas. Lighter yang dah ada diatas bendul sebelah jendela diambil sebelum dicucuh pada gelang benang ditangannya. Habis terbakar sekelip mata.
 
Segala tindak tanduk Adam diperhati Ainur yang diam membisu tak berani nak buka mulut. Dia tahu dia yang salah dalam hal ni , tu yang dia tak berani. Malu pun ada . Macam manaaa lah dia boleh setuju nak terima cara syirik macam tu. Ya Allah…
 
Dilihat Adam menutup jendela kayu lalu berpaling kearahnya dengan muka serius. Cepat cepat dia alih kan pandangan ke arah lain. Gerun…
 
“Tengok abang,” arah Adam masih bernada keras.
 
Nak tak nak, Ainur terpaksa membalas renungan Adam dengan muka seposen mengharapkan belas kasihan dari suaminya sendiri.
 
“Nur tau tak apa yang Nur dah buat?”
 
Ainur angguk tanpa berbasa basi. Berharap sesi kaunseling ni berakhir cepat.
 
“Nur sendiri cakap cahaya mata tu kurniaan Allah, rezeki dari Allah. Kalau bukan masanya, maka kita sebagai hamba kena bersabar. Nur sendiri cakap nak sabar sama-sama dengan abang kan?”
 
Ainur angguk lagi. Nak je dia menangis sekarang ni tapi ditahan jugak air matanya biar tak keluar.
 
“Nur tau apa yang Nur buat ni salah, kenapa buat? Kenapa pakai benda macam tu?”
 
“Mak lang suruh..dia cakap…”
 
“Kalau mak lang suruh makan pasir, Nur nak makan pasir la?” potong Adam laju mengundang kerutan didahi Ainur.
 
‘Ni dah lebih-lebih.. Takkan la nak suruh makan pasir..’
 
“Tak…,” masih saja dia menjawab tak ubah macam budak sekolah yang disoal guru kelas.
 
“Kenapa tak makan?”
“Takkan la nak makan pasir.. Kan kotor, banyak kuman..”
 
“Kan mak lang yang suruh. Kalau mak lang suruh Nur kena makan la kan? Kalau tak makan nanti mak lang kecik hati..,” sedap pulak Adam menyindir tajam. Pedihhh je sampai ke cuping telinganya Ainur.
 
Ainur ketap gigi menahan geram. Ni dah melampau…bKan dah mintak maaf, dah mengaku salah..
 
“Kenapa? Salah ke abang cakap?”
 
“Memang salah. Kenapa nak sama kan pakai gelang dengan makan pasir pulak?” petah Ainur membalas kalini.
 
“Lepas ni Ainur masak pasir untuk abang makan baru tau.”
 
“Abang kalau Nur masak pasir dengan batu pun abang makan…,” bersahaja pulak Adam membidas dengan senyuman sebelum menyusun langkah untuk keluar dari ruang kamar.
 
Terkemut kemut Ainur yang disitu. Geram, sakit hati, semua berkumpul dalam dadanya. Nasib baik tak pecah. Tadi bukan main dia yang marah, eh last sekali, boleh pulak dia bergurau bila orang tengah serius.
 
Tak faham betul dia dengan suaminya tu sorang. Ya Allah… Bagila aku kekuatan nak melayan sikap aneh Adam Firdaus ni dari sehari ke sehari..
 
Geramnyaaaaaa !

Dapatkan Sekarang…!!!
Harga sebenar RM15.00
Kini…
Hanya RM10.00 saja!!!
(Untuk 50 pembeli terawal)

Keterangan Ebook
Tajuk: Jangan Ada Cinta
Penulis: Yana Agasshi
Mukasurat: 886
File: PDF
Saiz: 2.1 MB
Genre: Romance/Melodrama

Jangan lepaskan peluang untuk memiliknya!!!

KLIK DI SINI UNTUK TEMPAHAN (WHATSAPP)

Comments

Popular posts from this blog

EBOOK 01